Sunday, February 27, 2011

Nasyid Anak-anak Baitul Mahabbah

Asslamualaikum~

Alhamdulillah Syukur ke hadrat Ilahi. Dengan limpah dan kurniaNYA kami masih lagi meneruskan penjagaan anak-anak yatim dan asnaf di Pusat Jagaan Baitul Mahabbah, Tanjung Malim.

Disamping anak-anak ini melaksanakan rutin harian mereka, anak-anak ini mempunyai bakat yang mendalam dalam bidang nyanyian iaitu nasyid. Saya sebagai penjaga anak-anak yatim ini sendiri telah melatih mereka untuk mengasah bakat yang terpendam dalam diri mereka.  

Dikesempatan ini, kami ingin mengkomersialkan kumpulan nasyid Baitul Mahabbah ini.
Jika anda berminat untuk memanggil kami untuk membuat persembahan seperti Sambutan Maulidur Rasul, Majlis Buka Puasa, dan sebagainya, bolehlah menghubungi saya di talian 019-5595778 (Ustaz Hazan).

Sebarang bayaran yang kami terima akan digunakan bagi menampung perbelanjaan sekolah dan harian anak-anak disini. 
Kami amat mengharapkan bantuan daripada anda semua.
Terima kasih. Jasa Baik kalian amatlah kami hargai~ 


Sumber Pendapatan

 Assalam~

Untuk pengetahuan anda, kami memperolehi pendapatan melalui pendapatan pencen Ustaz Hazan sendiri serta sumbangan daripada pelbagai pihak sukarelawan. Namun, kami tiada pendapatan tetap dan pendapatan itu masih lagi tidak mencukupi perbelanjaan anak-anak ini terutamanya perbelanjaan sewa rumah dan tanggungan elektrik dan air.

 Kami juga mempunyai masalah dalam pengangkutan anak-anak ini ke sekolah kerana saya hanya mempunyai 2 buah kereta. Walaupun begitu, 2 buah kereta ini tidak mampu membawa kesemua 18 orang anak-anak yatim ini. Tambahan pula, sekolah mereka agak jauh daripada tempat jagaan.

Justeru itu, kami memerlukan bantuan sebuah van untuk memudahkan pergerakan anak-anak ini.

 

Friday, August 13, 2010

Mohon Bantuan Sebuah Van

assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh!!
kami anak² di Baitul Mahabbah amatlah berbesar hati kiranya Dato',Datuk,Datin,Tuan,Puan,Encik dan Cik sudi untuk membantu kami. Kami memerlukan sebuah VAN(hiace) untuk memudahkan kami untuk ke sekolah,masjid serta aktiviti² luar. Dari awal pertubuhan Baitul Mahabbah, kami belum lagi menerima mana² bantuan untuk ini. Mohon jasa baik ikhlas dari pihak-pihak yang ingin membantu kami untuk memudahkan untuk kami mendapat sebuah Van(hiace). w'salam.           
hubungi Us.Hazan 019-55950778 
-pengetua Baitul Mahabbah Tg. Malim-